Perkakasan komputer ialah bahagian fizikal komputer, termasuk litar digitalnya. Ia dibezakan daripada perisian yang dilaksanakan dalam perkakasan komputer. Perkakasan komputer tidak kerap digantikan, berbanding dengan perisian dan data perkakasan yang mudah dicipta, diubah suai, dan dihapuskan.
Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Sebaliknya, ia terbenam di dalam pemain cakera padat, ketuhar mikrogelombang, automobil, mesin elektrokardiograf, dan peranti-peranti yang lain. Komputer peribadi yang dikenali oleh kebanyakan orang hanya merupakan sebahagian yang amat kecil daripada jumlah perkakasan komputer yang wujud, iaitu hanya sekitar 0.2% daripada semua komputer baharu yang dikeluarkan pada tahun 2003.
Perkakasan komputer peribadi yang tipikal
Komputer peribadi yang tipikal terdiri daripada sebuah selongsong dalam bentuk menara (komputer meja) yang menampung bahagian-bahagian yang berikut:
PAPAN IBU (MOTHERBOARD). Ia merupakan pusat komputer yang mengantara muka dengan semua komponen komputer yang lain:
1. Unit pemprosesan pusat (CPU): Ia melaksanakan kebanyakan pengiraan yang membolehkan komputer berfungsi, dan kekadangnnya dirujuk sebagai "otak" komputer.
o Kipas komputer: Ia digunakan untuk mendinginkan komputer. Kipas hampir selalu dipasang pada ingatan capaian rawak (CPU), dengan sesebuah komputer biasanya mempunyai beberapa buah kipas untuk mengekalkan aliran udara.
2. Ingatan capaian rawak: Dipasang terus pada papan ibu, ia merupakan ingatan capaian pantas yang menyimpan atur cara semasa diljalankan. Kandungannya dipadamkan apabila komputer dimatikan.
3. Peralatan tegar: Ia merupakan sejenis perisian khusus yang jarang ditukar dan oleh itu, disimpan dalam peranti perkakasan seperti ingatan baca sahaja (ROM) yang tidak membenarkan sebarang penukaran dengan mudah.
4. Bas dalaman: Ia merupakan sambungan kepada berbagai-bagai komponen dalaman:
o PCI
o PCI-E
o USB
o HiperTransport
o Antara Muka Sistem Sepunya (CSI)
o AGP (digantikan)
o VLB (usang)
5. Pengawal Bas Luaran: Ia digunakan untuk menyambungkan persisian luaran seperti pencetak dan peranti input. Port ini juga boleh berasaskan kad tambah yang dipasang pada bas dalaman.
o Port selari (usang)
o Port bersiri (usang)
o USB
o Firewire
o SCSI: Untuk pelayan dan mesin yang lebih lama
o PS/2: Digunakan untuk tetikus dan papan kekunci, tetapi kini digantikan dengan USB
o ISA (usang)
o EISA (usang)
o MCA (usang).
UNIT BEKALAN ELEKTRIK (POWER SUPPLY), sebagaimana dibayangkan oleh namanya, membekalkan elektrik untuk menjalankan komputer. Ia terdiri daripada sebuah selongsong yang menampung pengubah, kawalan voltan, dan biasanya juga kipas pendingin. Jenis bekalan elektrik yang paling umum ialah AT dan BabyAT (lama), akan tetapi unit bekalan elektrik yang piawai untuk komputer peribadi sebenarnya ialah ATX dan ATX mikro.
PENGAWAL STORAN. IDE/ATA merupakan pengawal yang paling biasa untuk cakera keras, CD-ROM dan pemacu-pemacu yang lain (misalnya, Jaz) di dalam komputer peribadi. Ia dipasang terus pada papan ibu atau kad tambahan, seperti pengawal tatasusunan cakera. Berbeza dengan SCSI yang didapati di dalam kebanyakan pelayan, IDE biasanya disepadukan. Antara muka pemacu cakera liut ialah antara muka MFM warisan yang kini beransur-ansur digantikan dengan SATA dan SCSI Sangkut Bersiri (SAS).
PENGAWAL PAPARAN VIDEO (VGA CARD). Pengawal paparan video menghasilkan output untuk unit paparan tampak. Ia terbina ke dalam papan ibu atau dipasang sebagai kad grafik pada slot berasingan (PCI, PCI-E, PCI-E 2.0, atau AGP).
BAHANTARA MUDAH ALIH.
* Cakera padat (CD): Ia merupakan bahantara mudah alih yang paling umum dan murah, tetapi berjangka hayat pendek.
o Pemacu CD-ROM: Peranti yang digunakan untuk membaca data cakera padat (CD).
o Penulis CD: Peranti yang digunakan untuk kedua-dua membaca dan menulis data cakera padat (CD).
* DVD: Ia merupakan jenis bahantara mudah alih yang paling popular untuk memindahkan video digital. Saiz fizikalnya tepat sama dengan cakera padat (CD) tetapi boleh menyimpan sehingga 6 kali maklumatnya, berbanding dengan cakera padat.
o Pemacu DVD-ROM: Peranti yang digunakan untuk membaca data DVD.
o Penulis DVD: Peranti yang digunakan untuk kedua-dua membaca dan menulis data DVD.
o Pemacu DVD-RAM: Peranti yang digunakan untuk menulis dan membaca data bagi sejenis DVD yang khusus dengan pantas.
* Blu-ray: Format cakera optik ketumpatan tinggi yang digunakan untuk menyimpan maklumat digital, termasuk video takrifan tinggi.
o Pemacu BD-ROM: Peranti yang digunakan untuk membaca data cakera Blu-ray.
o Penulis BD: Peranti yang digunakan untuk kedua-dua membaca dan menulis data cakera Blu-ray.
* HD DVD: Format cakera optik ketumpatan tinggi serta pengganti kepada DVD piawai. Ia merupakan bekas pesaing format Blu-ray yang gagal.
* Cakera liut: Peranti storan usang yang merupakan cakera bahantara storan magnet boleh lentur yang nipis.
* Pemacu Zip: Sistem storan cakera mudah alih muatan sederhana yang usang yang diperkenalkan oleh Iomega pada tahun 1994.
* Pemacu flash USB: Peranti storan data ingatan flash yang disepadukan dengan antara muka USB. Ia biasanya kecil, ringan, mudah alih, dan boleh ditulis semula.
* Pemacu pita: Peranti yang membaca dan menulis data pita magnet, dan biasanya digunakan sebagai storan jangka panjang.
STORAN DALAMAN. Storan dalaman merupakan perkakasan yang menyimpan data di dalam komputer untuk penggunaan kemudian. Kandungannya masih dikekalkan, walaupun komputer dimatikan:
* Cakera keras: Digunakan untuk storan data jangka sederhana.
* Pemacu keadaan pepejal: Peranti yang berlagak sebagai cakera keras, tetapi tidak mengandungi bahagian yang bergerak.
* Pengawal tatasusunan cakera: Peranti yang mengurus sejumlah cakera keras untuk mempertingkat prestasi dan keandalan sistem komputer.
KAD BUNYI (SOUND CARD). Kad bunyi membolehkan komputer mengoutput bunyi pada peranti audio, serta juga menerima input daripada mikrofon. Kebanyakan komputer moden memiliki kad bunyi yang terbina ke dalam papan ibu, walaupun pengguna juga biasanya memasang kad bunyi yang berasingan sebagai tingkatan.
PERANGKAIAN (NETWORK). Perangkaian menyambungkan komputer kepada Internet dan/atau komputer yang lain:
* Modem: Digunakan untuk sambungan dail.
* Kad rangkaian: Digunakan untuk internet DSL/Kabel dan/atau untuk menyambungkan komputer-komputer yang lain.
* Sambungan Kabel Terus: Mempergunakan modem nol untuk menyambungkan dua buah komputer dengan menggunakan port bersiri atau Kabel Laplink untuk menyambungkan dua buah komputer dengan menggunakan port selari.
PERISIAN (SOFTWARE). Peranti perkakasan juga merangkumi persisian yang merupakan komponen di luar sistem komputer, termasuk peranti input dan peranti output. Yang berikut adalah persisian yang piawai atau yang sangat umum:
PERANTI INPUT
* Peranti input teks:
o Papan kekunci: Ia merupakan peranti untuk menginput teks dan aksara dengan menekan "kekunci" melalui cara yang tepat sama dengan mesin taip. Bentangan papan kekunci bahasa Inggeris yang paling umum ialah bentangan QWERTY.
* Peranti penuding:
o Tetikus: Ia merupakan peranti yang mengesan gerakan dua dimensi relatif kepada permukaan sangganya.
o Bebola jejak: Ia merupakan peranti penuding yang terdiri daripada sebiji bebola yang terletak di dalam soket yang mengandungi penderia untuk mengesan putaran bebola pada dua paksi.
* Peranti permainan:
o Kayu bedik: Ia merupakan peranti kawalan yang terdiri daripada kayu pegang tangan yang berputar pada satu hujung. Ia mengesan sudut dalam dua atau tiga dimensi.
o Pad permainan: Ia merupakan pengawal permainan serba guna yang bergantung kepada jari, khususnya ibu jari, untuk membekalkan input.
o Pengawal permainan: Ia merupakan sejenis pengawal untuk permainan yang khusus.
* Peranti input imej dan video:
o Pengimbas imej: Ia merupakan peranti yang membekalkan input dengan menganalisis imej, teks tercetak, tulisan tangan, dan objek.
o Kamera sesawang: Ia merupakan kamera video berleraian rendah yang digunakan untuk membekalkan input tampak yang dapat dipindahkan dengan mudah menerusi internet.
* Peranti input audio
* Mikrofon: Ia merupakan penderia akustik yang membekalkan input dengan menukarkan bunyi menjadi isyarat elektrik.
PERANTI OUTPUT
* Peranti output teks, imej dan video:
o Pencetak: Ia merupakan peranti persisian yang menghasilkan salinan cetak (biasanya pada kertas) untuk dokumen digital.
o Pengawas: Ia memaparkan isyarat video yang serupa dengan televisyen untuk memberikan maklumat kepada pengguna serta juga antara muka untuk berinteraksi.
* Peranti output audio:
o Pembesar suara: Ia merupakan peranti yang menukarkan isyarat audio analog menjadi getaran udara yang sepadan untuk menghasilkan bunyi boleh dengar.
o Fon kepala: Fungsinya serupa sahaja dengan pembesar suara tetapi digunakan terutamanya supaya tidak mengganggu orang lain yang berhampiran.


0 comments:
Post a Comment