Wednesday, June 3, 2009 Menguji perisian Anti-virus

Jika komputer anda telah dipasang dengan perisian anti-virus, anda boleh menguji perisian tersebut menggunakan kod "EICAR" bagi mengenalpasti samada perisian anti virus anda berfungsi dengan baik atau tidak. Kod "EICAR" mengandungi kod yang akan mengejutkan perisian anti virus dan ini tidak akan membahayakan sistem anda.

Untuk menguji perisian anti virus anda, ikut langkah-langkah berikut:

1. Buka penyunting teks seperti Notepad
2. Masukkan teks berikut ke dalamnya:

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Simpan sebagai (save as) "EICAR.COM" ke desktop.
4. Buka DOS dan jalankan program ini (atau klik dua kali ke atas fail tersebut)

Jika perisian anti virus anda berfungsi dengan betul, ia akan mengesan fail EICAR.COM sebagai virus.

Apa itu Phishing?

Phishing ialah laman web palsu yang menyerupai laman web asal dibangunkan bertujuan untuk mencuri katalaluan atau nombor akaun mangsa. Phishing biasanya diumpan melalui emel dan kebanyakan mangsa phishing terdiri daripada pengguna-pengguna online banking.

Jika anda menerima emel yang meminta supaya menukar katalaluan akaun bank anda, berhati-hati kerana ia mungkin satu perangkap.

Berikut salah satu contoh emel phishing:

Dear Valued Customer,

Due to maintenance during the Sunday 12 November 2006, The Maybank Technical Department is performing a scheduled software upgrade to improve the quality of the online banking services. By clicking on the link below you will begin the procedure of the customer details confirmation.

https://www.maybank2u.com.my/mbb/scripts/mbb_update.jsp?do=Update

Once you have updated your account records, your Maybank account service will not be interrupted and will continue as normal.


Sebaik sahaja anda klik pautan diatas, anda akan dibawa ke laman web palsu yang sama rekabentuknya seperti laman web rasmi:

Rajah 1 - Contoh laman web yang menyerupai laman web maybank2u