Rajah 1: Cip CMOS
Gambarajah di atas menunjukkan sebuah cip memori CMOS keluaran American Megatrends Inc (1995).
Jenis-jenis BIOS
Berikut adalah senarai pengeluar terkemuka dunia yang menghasilkan BIOS:
- Acer Labs
- American Megatrends Inc. (AMI)
- Microid Research (MR BIOS)
- Phoenix Technologies
- LSI Logic
- Winbond
Cara untuk mengakses BIOS
Program BIOS boleh diakses dengan menggunakan kekunci sampukan (Interrupt keys) iaitu dengan menekan satu atau dua kombinasi kekunci tertentu semasa komputer menjalankan operasi POST. Operasi POST adalah proses pengujian sistem (lihat rajah 2 di bawah) semasa komputer dibootkan.
Rajah 2: Proses POST
Oleh kerana setiap pengeluar BIOS menghasilkan BIOS yang berbeza-beza, maka kekunci sampukan bagi setiap BIOS juga berlainan. Table berikut menunjukkan kekunci sampukan (interrupt keys) bagi setiap pengeluar BIOS:
| Pengeluar BIOS | Kekunci |
|---|---|
| BIOS AMI | Del |
| BIOS Award | Del atau Ctrl+Alt+Esc |
| Compaq | F10 |
| IBM Aptivas dan Thinkpads | F1 |
| Microid Research (MR BIOS) | Esc |
| BIOS Phoenix | F2 |
| Komputer Riba Toshiba | Esc, kemudian F1 |
Anda juga boleh mengetahui kekunci sampukan bagi sistem anda dengan melihat teks kecil yang tertera di bahagian bawah skrin POST anda.
"Press __ to Enter Setup."
Setelah anda memasuki BIOS, anda bolehlah melakukan perubahan konfigurasi pada sistem anda, seperti memilih pemacu yang mana satu untuk dimulakan (boot) terlebih dahulu, mengesan cakera keras serta menentukan kelajuan bas. Sebab itu program BIOS amat popular di kalangan para overclockers yang menginginkan sistem komputer berprestasi tinggi tanpa perlu mengeluarkan wang yang lebih. Untuk maklumat lanjut sila baca artikel Overclocking: Frequently Given Answers (FGA).

0 comments:
Post a Comment